
norsyaafiqah
3 tahun
Demam, sakit kepala, sakit badan, kesukaran tarik nafas dalam-dalam, sakit tekak, sakit dada
Saya wanita berumur 25 tahun ada close contact with a covid positive patient which is my mother and brother. My first swab test resulted negative. However, the next day after my covid result came out, i started to hv fever, headache and aches in some part of the body. The fever continued until the next day with a lighter headache. Kemudian keesokan harinya, di hari raya pertama, demam saya sembuh secara keseluruhan tp saya mengalami kesukaran untuk tarik nafas dalam-dalam dan buat sy senang penat. Kesurakan bernafas ni hilang pada petang raya pertama. Di hari raya kedua, saya buat second swab saya dan purata keputusan akan keluar dalam masa 3 hari. Saya rasa perit tekak di pagi hari. Pada waktu malam, saya ada rasa sakit dada sekejap. Adakah saya patut tunggu keputusan swab test sy keluar atau rujuk ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Umum mengetahui mengenai wabak COVID-19 yang masih belum berakhir, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Buat masa sekarang, anda dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu hasil ujian anda. Akan tetapi, sekiranya masalah kesukaran bernafas yang anda alami semakin parah sehingga menyukarkan anda menjalani aktviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Berikut merupakan garis panduan yang disarankan dan perlu dipraktikkan bagi sesiapa sahaja yang sedang kuarantin kendiri:
- Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
- Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
- Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)
- Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
- Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
- Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
- Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
- Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
- Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
- Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
- Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini