
Sulit
4 tahun
Demam, Sakit sendi dan Cirit-Birit
Saya Awang umur 23 tahun mengalami demam suhu mencecah 38.3 celsius, sakit sendi dan sakit perut seperti cirit birit … saya mengalami sakit ni sudah 2 hari .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah demam panas yang tinggi disertai dengan sakit sendi, sakit perut dan cirit-birit selama 2 hari. Simptom-simptom yang anda hadapi mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman atau virus pada darah
- Jangkitan chikungunya
- Malaria
- Masalah hormon kelenjar endokrine
- Demam Reumatik (Rheumatic Fever)
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah anda serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.