
Sulit
4 tahun
Demam, sakit tekak, pening
Anak saya berumur 4 tahun. Demam panas 38.5. Sudah diberi paracetamol pertama pada pukul 4p. , suhu turun 36.5. Pada 10.55 suhu naik 38.5, beri second dos of paracetamol dan suhu turun 37 pada pukul12am. Mengadu pening dan sakit tekak seperti kering tekak. Nak minum air. Perlukan saya buat swab test? Last visit pasar ampang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, demam yang tidak membaik dengan ubat, terutamanya pada anak sebaiknya dibawa ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut dan dicari tahu penyebab demam. Boleh jadi anak anda terkena jangkitan kuman atau virus yang memerlukan ubat lebih daripada sekadar ubat demam sahaja. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk kondisi ini.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Untuk mengenal pasti COVID-19 melalui gejala sahaja adalah agak sukar. Oleh itu, saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz. Melalui kuiz ini anda akan lebih ketahui jika anak anda berisiko tinggi dan memerlukan ujian saringan ataupun tidak.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini