
Sulit
5 tahun
Demam saya tidak mementu dan berlarutan selama seminggu selepas keluar ke kawasan Selayang membei barangan rumah.. Apa yang patut saya lakukan?
Saya wanita berumur 27 tahun, tinggal di Kepong, baru berkahwin dalam 3 bulan.
Minggu lepas says keluar ke pasaraya di kawasan Selayang & Kepong.
Selepas itu saya dapati saya mengalami demam (suhu badan panas 36.9 celsius)tetapi sembuh sebentar. Demam2 saya alami muncul secara tidak menentu. Saya juga kadang berasa sejuk di kaki. saya tidak mengalami pening atau batuk tetapi berasa sakit tekak.
Perkara ini telah berlarutan selama seminggu. Saya telah ke Klinik Kesihatan tetapi hanya mendapat paracetamol & ubat batuk. Akan tetapi demam tidak kebah & saya masih berlarutan.
Apa yang patut saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam yang berlanjutan lebih seminggu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Memandangkan keterangan yang anda berikan tentang gejala yang dialami belum lengkap, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.