cik.ain26
4 tahun
Demam setelah minum kopi & nescafe
Saya wanita berumur 26 tahun. Sebelum ini, saya tidak mempunyai masalah dengan minum kopi ataupun nescafe. Tetapi setelah saya menderma darah buat pertama kali (maaf, tak ingat bila first time derma darah), saya akan demam dalam masa 30 minit - 1 jam selepas minum kopi atau nescafe.
Mula2 ingatkan benda tu cuma kebetulan, tapi selepas beberapa kali terkena, baru perasan itu bukan cuma perasaan saya saja.
Boleh tahu adakah ini merbahaya buat saya? Atau ianya cuma disebabkan oleh hormon yang berubah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap sesuatu penyakit terutama jangkitan kuman dan virus. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada kes anda, sukar untuk dinilai apakah ini demam tidak kerana deskripsi tentang demam adalah subjektif. Seharusnya anda memeriksakan suhu tubuh anda dengan termometer. Melihat kepada timbulnya gejala hanya setelah anda terdedah kepada kopi, boleh jadi penyebabnya adalah seperti berikut:
- Sensitif terhadap kafein
- Alergik atau alahan terhadap kafein
- Masalah hormon
Bagaimanapun, bagi mengubati masalah anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.