
Sulit
3 tahun
Denyutan urat nadi di leher dan dada kiri kelihatan
Saya wanita, 24 tahun. Kalau urat nadi kiri dan kanan di leher kelihatan berdenyut normal tak? Saya boleh kira denyutan kalau tgk denyutan urat di leher tanpa perlu letakkan tgn di urat nadi leher. Dada kiri saya juga boleh nampak denyutan. Adakah ni normal? Selain dada kiri berdenyut, dada saya juga rasa takselesa tapi takpasti nak describe rasa takselesa tu macam mana. Kadang bila baring saja pun boleh rasa sakit dada tapi rasa sakit tu tak selalu sangat more on rasa takselasa. Kadang-kadang dada kanan dgn bahagian tengah dada juga rasa takselesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami memerlukan maklumat lanjut mengenai “denyutan urat” yang dimaksudkan oleh anda di dalam ruangan soalan. Selain daripada itu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan dada, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru breair (pleural effusion)
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Selain itu, pergerakan atau denyutan nadi di leher juga boleh menunjukkan sama ada seseorang mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut perihal kesihatan jantung, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!