Sulit
3 tahun
Di bahagian atas perut berdenyut
Sya remaja berumur 15 thn sya berasa ada denyutan di bahagian atas perut membuat kan sya susah nak bernafas dan selepas mkn sya akan berasa ingin muntah tpi x dpt, ia berlaku pada mlm jumaat lps semasa sya hendak tidur tpi x dpt tidur kerana sya berasa tidak selesa dengan perut sya, susah nak bernafas dan jantung sya berdegup kencang ketika sya tidur pada mlm itu sya akan bangun semula.ini hri yg ketiga dan sya masih merasa denyutan di atas perut sya, sya juga tidak ada rasa sakit di bahagian perut dan badan sedangkan sya tidak melakukan apa² hubungan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Gastritis
- Ulser perut
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah psikologi seperti keresahan (anxiety), kemuruangan (depression), stres
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Walau bagaimanapun, kami kurang jelas berkenaan kenyataan “denyutan di atas perut” seperti yang dinyatakan oleh anda dan ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda hadapi. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.