Sulit
4 tahun
Di diagnos Kuman Gastrik
Saya wanita berumur awal 30an. Saya telah di diagnos melalui darah yg mna terdapat kuman gastrik. Adakah rasa pening kepala, nafas pendek, sesak nafas, rasa hendak pitam, berpunca dari kuman gastrik tersebut?
Dan adakah dengan antibiotik berkesan untuk rawatan kuman gastrik?
Melalui sumber bacaan saya, jika najis berwarna gelap/kehitaman bermaksud usus besar bermasalah. Najis berwarna kecoklatan adalah normal.
Jika dijangkiti kuman gastrik tetapi najis berwarna kecoklatan(normal), adakah bermaksud kuman tersebut belum sampai ketahap yg membimbangkan?
Mohon pencerahan. Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekiranya anda sudah menerima diagnosis kuman dalam perut (gastrik), maka anda perlu mengambil rawatan seperti antibiotik dan ubat anti-asid yang diberikan oleh doktor anda. Warna najis tidaklah menjadi penanda aras kepada kesihatan sepenuhnya. Anda dinasihatkan untuk mengikuti rawatan yang diberikan oleh doktor anda kerana gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan kesan jangkitan kuman, asid refluks ataupun dehidrasi. Sekian