
Sulit
3 tahun
Di kemaluan mula naik ruam
Selamat pagi. Saya lelaki berumur 23 tahun. Saya mengalami ruam di kemaluan saya. Tetapi dalam masa yang sama jika saya berpeluh ia akan mula gatal. Jadi saya nak tahu jalan penyelesaian yang patut saya laku kan. Saya mula tidak selese bila gatal masa berkerja. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Gigitan serangga
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jangkitan penyakit kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.