Anonymous

5 tahun

Dijangkiti Hep B atau pembawa

Slmt ptg doktor,saya wanita berumur 38 thn dan mempunyai 4 org ank perempuan yg lahir pada 2003,2006,2012 dan 2015
Awal thn 2012 saya disahkan pembawa virus hep b semasa checkup mengandung ank ketiga,soalan saya kenapa semasa mengandung ank pertama di hospital kem Terendak melaka pada thn 2003 tiada dikesan hep b,begitu juga semasa mengandung ank kedua pd thn 2006 di hospital umum kuching tiada hep b? Setelah mengandung ank ketiga pd thn 2012 barulah saya dikesan ada hep b…adakah saya pembawa atau dijangkiti?
Suami saya askar dan negatif hep b.
Kesemua ank² saya dikesan ada hep b doktor…adakah penyakit ini boleh disembuhkan dgn mengamalkan minum dukung anak seperti yg di war²kan ada yg sudah sembuh total setelah mengamalkan minum dukung anak secara konsisten selama 6 bln hingga setahun??
Utk makluman doktor juga majoriti kawan² saya dikuartes kem tentera ada hep b,kami seringkali makan dan berkongsi anting² ,ketip kuku,make up malahan pakaian seperti baju dan seluar.Datuk nenek belah ibu dan ayah termsk ayah,ibu dan adik beradik saya yg lain negatif hep b.Mohon jawapan dari doktor.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Virus hepatitis B merebak dengan beberapa cara. Cara paling biasa adalah dari ibu kepada anak. Ini adalah cara paling kerap ditemui terutama di bahagian Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Cara ljangkitan lain adalah perkongsian jarum suntikan, pemindahan darah atau secara seksual.

Cara mencegah daripada terkena virus hepatitis ini adalah dengan mengelakkan perkongsian jarum suntikan dan hubungan seks rambang. Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu mengandung yang menghidapi hepatitis B, adalah sukar untuk menjangka kandungan akan menjadi pembawa hepatitis B atau tidak. Namun demikian, risiko untuk jangkitan kepada bayi yang lahir dari ibu pembawa hepatitis B adalah rendah. Satu lagi langkah pencegahan untuk hepatitis B yang paling berkesan adalah melalui vaksin.

Sekiranya positif kali pertama sebagai pembawa hepatitis, kebiasaannya ujian untuk pengesahan akan dilakukan sekali lagi. Keputusan darah hendaklah dibawa ke klinik terdekat dan doktor akan membuat surat rujukan ke doktor pakar perubatan/hepatologi di hospital terdekat. Kebanyakan pesakit adalah pembawa kronik dan tidak memerlukan ubat untuk melawan hepatitis B. Namun demikian, lawatan susulan ke hospital adalah perlu bagi pengesanan awal masalah berkait dengan hepatitis iaitu cirrhosis dan kanser hati. Dalam pada masa yang sama, fungsi hati dan ujian ultrasound hati akan dilakukan dari masa ke semasa.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak berkongsi barang persendirian seperti barang bersolek, pengetip kuku, anting-anting dan makanan serta minuman dengan pembawa Hep B.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.womenshealth2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)