
Sulit
5 tahun
Discaj berterusan dari lepas bersalin sehingga 2 bulan setengah
Saya berumur 26 tahun, baru dua bulan melahirkan anak secara normal pd 22hb 12 2019. Dari hari pertama bersalin darah merah kemudian bertukar coklat kekuningan, sampai ke hari 43…Tiba-tiba darah bertukar merah semula selama lebih kurang 5 hari, kemudian kekuningan tanpa bau n gatal berlanjutan hingga hari ke ari ni… Adakah saya perlu mendapatkan rawatan atau ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami tentang gejala pendarahan diikuti keputihan yang berwarna kekuningan selepas bersalin yang anda alami. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- haid
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.