
Sulit
4 tahun
Disfungsi erektil. Saya penghidap kencing Manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Ada masalah dlm hubungan dgn isteri
Saya lelaki dan ada hidap kencing Manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi dah hampir Lima tahun. Ada masalah hubungan intim dgn isteri sebab senjata X berfungsi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi diistilahkan sebagai mati pucuk. Mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah