
Anonymous
2 tahun
Disyaki Herpes simplex virus
Saya wanita berusia 30 tahun, sudah berkahwin selama 4 tahun, dan mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun 9 bln. Sy skrg ada masalah ulcer di kemaluan sy. Pd mulanya, sy mengalami mslh vaginal candidiasis. Result pap smear 2 bln lepas juga menunjukkan kehadiran candida di vagina dan servis saya dan dah dirawat. Cuma kali ni ia jadi kembali. Bila jd masalah ni, sy berasa sgt gatal di bhgn tepi luar vagina, jd saya sering garu di situ. Sebab terlalu gatal, sy sering basuh kemaluan sy dengan air paip yg deras sehingga bhgn clitoris sy bengkak dan sgt sakit.
Slps 2-3 hari, luka tu jd amat sakit, especially ketika kencing. Pd mulanya luka hnya pd tepi vagina dan di bhgn klitoris. Lama kelamaan tumbuh ulcer di tempat lain yg sgt sakit. Sy jumpa doktor, katanya luka sy kelihatan sperti herpes. Dan dia bg sy acyclovir cream.
Sekarang suami sy pula ada luka di scrotumnya, katanya sebab terkena kukunya yg tajam semasa membasuh kemaluannya. Dan dia sapu fucidic cream. Skrg naik kumpulan blister pula di penisnya.
Apa yg sy nak tanya, sy dan suami tidak ada masalah multiple partner, tiada pasangan lain. Tetapi is it likely utk kami terjangkit dgn hsv ni dari satu sama lain? Belum confirm hsv, tapi doktor suspect hsv.
Bantu sy doktor. Sy bingung. Sy sgt nakkan anak. Jika sy dan suami ada hsv, adakah ada mslh utk kami mengadakan hubungan seks utk mendapatkan anak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di bibir faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Memandangkan anda telah melakukan pemeriksaan, sebaiknya menunggu hasil keputusan darah dari doktor anda. Sekiranya masih ragu, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda tentang perancangan keluarga anda.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.