
Sulit
4 tahun
Dok,saya nak tanya. Bahaya ke buat mcm tu?
Adakah normal saya check tekanan darah tinggi dalam keadaan kepenatan dan perut agak kosong… Tadi lepas check saya muntah2 kat rumah.adakah memberi tekanan pada jantung saya? Jantung saya baik2 saja an…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami muntah-muntah, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Tekanan dalam kepala meningkat (increased intracranial pressure)
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Keracunan makanan
- Tekanan abdomen meningkat (increased intraabdominal pressure)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, kami tak dapat memberikan kata putus mengenai gejala yang dialami oleh anda dan status kesihatan jantung anda kerana maklumat lanjut mengenainya perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.