Anonymous
6 tahun
Doktor kalau ketika bersama isteri waktu klimaks ade kemungkinan ke kita akan mengeluarkan air kencing?
saya lelaki berusia 27 tahun
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sewaktu perangsangan seks semakin teguh, sperma akan masuk ke dalam uretra. Air mani, iaitu sperma dalam bendalir, berada di dalam uretra, pengecutan otot yang ritmik akan menyebabkannya dipancut dari zakar. Sewaktu pemancutan, pundi kencing akan ditutup supaya tiada kencing akan memasuki uretra.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































