iela.halim11
4 tahun
Dos acid folic yg sesuai utk yang merancang utk hamil
salam doc… saya nak tanya saya merancang utk hamil dan ada ambik acid folic 5mg… tp yg mana lebih sesuai dos acid folic utk merancang utk hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid, adalah sejenis vitamin B yang penting untuk diambil oleh wanita sebelum dan semasa kehamilan. Folic acid membantu menghalang kecacatan kelahiran otak janin dan tulang belakang yang dipanggil kecacatan tiub neural.
Garis panduan mencadangkan bahawa wanita hamil mendapat sekurang-kurangnya 600 mcg folic acid setiap hari. Memandangkan adalah sukar untuk mendapatkan kuantiti yang disyorkan dari makanan sahaja, semua wanita hamil dan semua wanita yang merancang hamil harus mengambil suplemen folic acid 400 mcg setiap hari.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang suplemen ini, anda disarankan untuk merujuk kepada yang ahli. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.