
Sulit
4 tahun
Dos yang sesuai folic acid
Assalamualaikum dan selamat petang doc. Sy nak tanya, berapakah dos folic acid yg sesuai diambil utk orang yang merancang kehamilan? Harap doc dapat membantu. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid , adalah sejenis vitamin B yang penting untuk diambil oleh wanita sebelum dan semasa kehamilan. Folic acid membantu menghalang kecacatan kelahiran otak janin dan tulang belakang yang dipanggil kecacatan tiub neural.
Garis panduan mencadangkan bahawa wanita hamil mendapat sekurang-kurangnya 600 mcg folic acid setiap hari. Memandangkan adalah sukar untuk mendapatkan kuantiti yang disyorkan dari makanan sahaja, semua wanita hamil dan semua wanita yang merancang hamil harus mengambil suplemen folic acid 400 mcg setiap hari.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang suplemen ini, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor yang merawat anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.