
Sulit
4 tahun
Dry cough almost 2 months
Hello Doctor, saya nak minta pendapat doc mengenai batuk kering (tiada kahak) yang saya dah alami hampir 2 bulan. Selama ni saya makan ubat farmasi. Ada dalam bentuk cecair dan pil. Tapi baru2 ni saya ada mula rasa sakit dada + demam on off terutamanya waktu malam sebelum tidur. Hopefully doc boleh beri pendapat. Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk selama hampir 2 bulan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tuberculosis
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser paru paru
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika gejala ini masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!