Sulit
3 tahun
Dua bulan tak datang period
Saya berumur 23 thun. Saya pernah je experience period yang teratur paling pin 2 minggu lewat. Usually happened sebab stress belajar dan etc (full time student). But this time dua bulan tak period sangat merisaukan saya. Plus since saya di rumah sahaja dan tak menngalami stress pun. Mohon beri jalan penyelesaian. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 2 bulan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.