Sulit
3 tahun
Dubur gatal dan keputihan
Sy wanita 33 tahun mempunyai anak sudah berumur 12 bulan. Sy mengalami kegatalan di sekitar dubur telah lama. Sy tidak pasti samada ianya buasir atau tidak. Kerana terdapat ketulan di dubur bahagian luar. Tetapi sy tidak pernah buang air besar berdarah. Cuma ia gatal. Sehubungan dengan itu, sy baru mengalami keputihan yg gatal dan amat tidak selesa.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Fissure
- Fistula
- Abscess
- Komplikasi daripada masalah sistemik
Anda harus berjumpa dengan doktor anda sekiranya:
- Jika anda mengalami tanda-tanda buasir yang berterusan atau teruk.
- Mempunyai pendarahan rektum yang kronik (harian atau mingguan) atau lebih berlimpah daripada sekadar berlari.
- Mempunyai pendarahan rektum untuk kali pertama
Polip kolon, kolitis, penyakit Crohn, dan kanser kolorektal juga boleh menyebabkan pendarahan rektum. Diagnosis yang tepat adalah penting.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti status kesihatan semasa dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































