
Sulit
4 tahun
Dulu sya pernah sakit TB 2016 tapi sembuh suda 60 bulan saya minum ubat TB
Assalamualaikum doktor
Umur 22 sya suda kawin blm ada anak
Sya belum haid Last sya haid 17 bulan 8 sya suda cek kehamilan banyak kali suda tapi negatif…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah haid lewat. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa haid anda lewat. Antaranya:
- Kehamilan (namun begitu keputusan UPT anda negatif tetapi ia tidak menolak kemungkinan anda mengandung dan keadaan ini memerlukan pemeriksaan lanjut dari doktor)
- Umur; Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja atau menghampiri waktu menopaus.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polisistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang dan tidak dilepaskan ke tiub Fallopio.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Ketidakstabilan hormon disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda masih risau dengan keadaan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya doktor dapat memberi rawatan yang sesuai dengan anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.