
Sulit
4 tahun
Duphaston semasa hamil
Hi doc…nk tanya…sy sepatutnya makan duphaston di awal kehamilan .masalah sy, sy tersilap makan duphaston yang disaran oleh doc…sepatutnya 1 biji 3 kali sehari, tapi sy termakan 3biji 3 kali, UTK hari pertama, then rasa silap, hari kedua sy mkn 2biji 3 kali, rbila tnya nurese balik sebiji.sek3 kali, then sy tukar plak sebiji sekali…adakah ia akan mengganggu kandungan saya? Pd ms yg sama sy termakan obimin yg dh expired bulan 4 hari tu, sekali je makan sbb sy dpt vitamin tu ms sblm sy gugur awal btahun…adakah ia bhya jugak.pd kandungan saya?tersilap makan duphaston yg disaran oleh doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini saya lebih sarankan untuk diajukan kepada doktor pakar sakit puan yang merawat anda. Hal ini kerana, berkemungkinan terdapat beberapa ujian dan pemeriksaan yang harus dijalankan sekiranya perlu. Jika anda ada mengalami beberapa gejala seperti:
Mual
Lemah badah atau tidak bertenaga
Bagi isu pengambilan obimin yang sudah tamat tempoh, kebiasaannya tamat tempoh dalam hari adalah masih selamat sekiranya anda menyimpan ubat tersebut dengan betul. Namun, tidak disarankan untuk anda mengambil ubat yang sudah tamat tempoh.
Sila rujuk kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan ini disebabkan oleh kesan sampingan dos ubat yng berlebihan.
Bagi isu pengambilan obimin yang sudah tamat tempoh, kebiasaannya tamat tempoh dalam 4 hari adalah masih selamat sekiranya anda menyimpan ubat tersebut dengan betul. Namun, anda tidak disarankan untuk anda mengambil ubat yang sudah tamat tempoh. Sila berhenti daripada mengambil ubat tersebut dan dapatkan bekalan yang baru.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih