
Sulit
3 tahun
Egg white dari faraj
Lepas kahwin kan , faraj saya sudah tiada egg white lagi … macam kering …lendir pun tiada … jadi peluang utk hamil tiada ke doktor ? Sebelum kahwin elok je … saya sudah kahwin hampir 4 bulan …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah
- Vaginosis bakteria
- Penyakit kelamin (STD)
- Menopaus.
- Radang disebabkan bahan kimia.
- Sklerosis lichen.
Oleh itu, untuk memastikan kerisauan jika anda ada peluang untuk hamil, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.