
Anonymous
6 tahun
Ejakulasi pra matang
umur 28 bila bersama isteri,baru je memasukkan zakar,dah nak terpancut…penyakit tiada

6 tahun
Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah encik dengan kami.
Masalah ejakulasi pramatang adalah salah satu masalah kesihatan yang dialami dalam kalangan lelaki berumur kurang 40 tahun. Kebanyakan penghidap masalah ini adalah disebabkan faktor psikologi atau emosi dan bukan berkaitan dengan masalah kesihatan tubuh atau organ seksual itu sendiri.
Seperti yang encik kongsikan, penghidap masalah ejakulasi pramatang selalunya mencapai tahap ejakulasi dalam lingkungan minit pertama melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Masalah ini boleh terjadi sejak kali pertama melakukan hubungan seksual, dan berlarutan hingga seumur hidup. Terdapat sesetengah penghidap masalah ini yang pada mulanya mencapai tahap ejakulasi normal, tetapi menghidap masalah ini kemudiannya.
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, dalam kebanyakan penghidap masalah ini ianya adalah berpunca daripada masalah psikologi dan emosi serta tidak melibatkan apa-apa masalah kesihatan tubuh. Namun begitu masalah kesihatan seperti masalah ereksi turut boleh menjadi punca ejakulasi pramatang. Hal ini berlaku kerana penghidap masalah ereksi akan cuba untuk mencapai ejakulasi sebelum hilangnya ereksi pada organ seksual.
Oleh itu, saya sarankan agar encik berjumpa doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Encik boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.