
Sulit
4 tahun
Endometriosis stage 3
Sy wanita berusia 33thn yg mempunyai masalah seperti diatas. Sy baru 2 bulan menjalani laparoscopy membuang cyst sebesar 7.5cm. Sy diberikan suntikan hormon lucrin bagi menghentikan haid dlm tempoh 3 bulan.
Bolehkan sy mengambil suppliment white active kinohimitsu? Atau lain2 makanan tambahan/ vitamin ? Kerana saya sering rasa letih dan lesu, demam pada petang hari, sering mengantuk, masalah rambut gugur. Saya mohon nasihat doktor untuk pengambambilan apa2 vitamin yg sesuai dgn saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum saranan vitamin yang bersesuaian dapat diberi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.