
Sulit
3 tahun
Endomyosis, darah period pergi ke tempat yang lain
Hi doktor, sya wanita berusia 46 tahun, sya mengalami pendarahan yang berpanjangan(setelah 1 bulan) sya telah merujuk pakar di hospital dan telah diberi ubat tahan pendarahan dan ubat hormon, namun tiada kesan drpd pemakanan ubat tersebut, sya juga, telah menjalani ujian pepsmere/pemantaun dalam rahim, semuanya okay, adakah cara lain untuk menghentikan pendarahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami behawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah pendarahan yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Anovulasi
- Fibroid
- Polyp
- Adenomyosis
- Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disease)
- Endometriosis
- Kanser rahim
- Kanser serviks
Oleh itu, untuk menghentikan pendarahan anda, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat, Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya bergarap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.