Sulit
5 tahun
Erectile Dysfunction yang merisaukan
Hai, saya lelaki berumur 27 tahun, dan bakal berkahwin, saja ada penyakit hypertension sejak umur 16 tahun dan ada diebetes sejak umur 20 tahun, sudah setahun saya jarang mengalami “morning wood” dan ia makin tidak ada langsung sudah setahun, tapi penis saya tetap tegang ketika terangsang,
tapi kini saya dapat merasakan bahawa saya makin tidak mampu untuk hold erection saya untuk waktu lama dan kadang2 hanya keras selama 5 mnit saja, ia merisaukan saja memandangkan saya bakal berkahwin, apakah ada rawatan untuk saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































