
Sulit
5 tahun
Exzema dyshidrotic dan rasa dicucuk jarum kecil seluruh badan adakah tanda hiv?
Saya pernah mengalami exzema dyshidrotic. Yang menjadi persoalan kekasih saya juga mengalami exzema yang sama. Setahu saya exzema ini tidak berjangkit. Adakah saya dab kekasih mengalami penyakit hiv? Saya juga kadang merasakan seperti dicucuk jarum kecil diseluruh badan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebagai meringankan keraguan anda, adalah benar bahawa ekzema bukan penyakit berjangkit. Namun, sekiranya anda dan pasangan mengalami masalah yang sama, maka kemungkinan kedua anda menghidap penyakit kulit yang berjangkit. Terdapat banyak lagi masalah kulit lain yang kelihatan mirip dengan ekzema, seperti:
- dermatitis
- scabies/ kudis buta
- tinea/ jangkitan kulat
Mengenai status HIV pula, ia tidak didiagnosis berdasarkan masalah kulit. Justeru, ini adalah hal yang kami tidak dapat konfirmasi kepada anda. Sekiranya anda mahu tahu status HIV anda, silakan ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan laboratorium darah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.