Anonymous
6 tahun
Family Planning dan kesan-kesan pengambilan pil perancang
hi …salam sejahtera doktor…sy wanita berumur 38 tahun sudah berkahwin dan pertama kali merancang utk mengambil pil perancang. Boleh doktor jelaskn kesan-kesan baik dan buruk bagi pengambilan pil tsb serta cara pengambilan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, perancangan keluarga boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya:
- pil perancang
- suntikan
- IUD
Kebaikan pengambilan pil peracancang adalah ia mengawal kitaran haid anda, mengelakkan kehamilan yang tidak diinginkan, serta meregulasi hormon. Sesetengah pil kombinasi pula boleh memberikan beberapa perlindungan terhadap jerawat, kehamilan ektopik, penipisan tulang, pertumbuhan payudara bukan kanser, kanser endometrium dan ovari, anemia, tempoh haid yang berlebihan dan tidak teratur, dan kekejangan haid yang teruk. Kesan buruk pengambilan pil perancang adalah seperti berikut:
- Libido seks menurun
- Rasa loya
- Pendarahan haid antara kitaran
- Kesakitan payudara
- Perubahan mood atau emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































