kausalia2206
6 tahun
Faraj keluar warna coklat
Saya dan suami saya telah bersama tapi period saya sepatutnya 15/6 sampai sekarang period tak ada lagi… Tetapi lepas melakukan hubungan sex minggu lepas, dari faraj ada keluaran cecair yang warna coklat… Apa punca n penyelesaian.
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.

































