
Sulit
4 tahun
Feeling pain beside chest on the center
Sejak dua hari yang lepas saya berasa agak sakit dibhgian tengah sebelah dada seakan dicucuk… Boleh saya tau apa yang menyebabkan saya berasa sedemikian. Pernah terjadi sebelum ini akan tetap tidak sekerap ini

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada mencucuk di tengah dada. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada yang anda alami di tengah boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami memerlukan lebih maklumat tentang rasa sakit di dada anda untuk membuat rumusan serta mencadangkan langkah yang sesuai untuk rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi