Sulit
3 tahun
First time mkn pil oralcon
Sya mkn oralcon xsmpi hri ke 21 dh dtg period…period awai 3 ari nk trskn mkn x ad 3biji
lg atau tgu abis period strt pek baru
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pil oralcon adalah haid yang tidak teratur. Saya sarankan anda untuk teruskan pengambilan pil tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Kesan sampingan ini adalah normal pada waktu awal penggunaan pil perancangan. Gejala ini akan berkurang apabila semakin lama anda gunakannya.
Namun begitu, haid tidak teratur juga boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!