Sulit
2 tahun
Folik asid/folic acid
Salam sejahtera doktor. Boleh ke gadis yang belum berkahwin makan folic acid? Makan sebab nak tambah darah. Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun terdapat kekurangan maklumat tentang kesihatan anda yang sukar untuk kami memberikan kesimpulan dalam hal ini. Jika anda mempunyai kekurangan sel darah merah saya sarankan anda untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Secara amnya, asid folik mampu membantu menghasilkan sel darah merah dan mencegah simptom anemia.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.