Sulit
4 tahun
Gastric/sakit pinggang
Hi doc,
Saya amat kerap diserang gastric sejak akhir2 ini. Jika saya terkejut juga akan menyebabkan saya diserang gastric. Terbaru pada minggu lepas saya datang ke ETD hospital kerana gastric menyerang sejak sebelah malam, pada sebelah pagi saya mengambil sarapan dan saya semakin sakit . Doctor telah suspected saya peptic ulcer namun keputusan tidak jelas. Pada hari ini sekali lagi saya diserang gastric selepas saya makan ubat dari hospital (vencid) saya muntah2 dan buang air besar sehingga pucat . Saya juga mengalami sakit pinggang yang teruk sejak dr minggu lepas . Tolong bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai cara untuk mengatasi masalah sakit perut yang dialami:
- Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil
- Elakkan daripada makan makanan pedas dengan kerap
- Patuh kepada arahan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor
Sekiranya ubat tersebut memberikan kesan sampingan yang tidak boleh diterima oleh anda, sila pergi ke klinik berhampiran untuk berbincang mengenai alternatif ubat yang anda sedang ambil pada masa ini.
Sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah ini, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan:
- Sakit perut yang mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Muntah-muntah dan loya
- Muntah bercampur darah atau cecair hijau
- Cirit-birit
- Pening dan sakit kepala
- Badan lesu
- Najis bercampur darah
- Terdapat perubahan terhadap kekerapan membuang air besar
Bagi masalah sakit pinggang tersebut, ia boleh berpunca daripada:
- Ketegangan otot
- Postur yang tidak selesa
- Kecederaan pada tulang pinggul atau tulang belakang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar gejala yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun


























