
Sulit
5 tahun
Gastrik, Berat Badan
Saya berumur 25 tahun, selepas pregnant weight cecah 127kg, selepas delivery weight 107kg…kekal sampai sekarang, even dh cuba mcm2 supplement ubat kurus, badan remain same mcm yoyo, bru2 ni saya kerap rasa denyut laju jantung yng dtg secara tertiba, perut menjadi besar dan kembung, badan lesu Dan x bertenaga, saya rasa badan mcm makin berat, even sehari saya paksa diri hnya blh makan sekali je…saya harap saya dpt atasi masa lah saya… Saya mengharap sgt mendapat nasihat dri doctor… Sekian🙏

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kegemukan atau obesity boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pemakanan berlebihan
- kesan ubat perancang
- kurang bersenam atau beraktiviti
- penyakit tiroid seperti hipotiroid
- penyakit hormon seperti PCOS
Antara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah merujuk ke doktor untuk mengenalpasti apakah anda mempunyai masalah kesihatan diatas yang boleh memperburuk masalah obesiti anda. Selain itu, yang boleh diamalkan untuk mengurangkan berat bedan adalah:
- mengamalkan diet yang seimbang: diet seimbang bermaksud mengambil semua kelas makanan dalam kuantiti yang direkomendasikan
- melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam aerobik, berbasikal
- mengambil ubat sesuai preskripsi doktor
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan kepada farmasi kami tentang ubat-ubatan. Terima kasih.