Sulit
3 tahun
Gastrik berterusan lebih 2 bulan
saya mengalami gastrik telah lebih 2 bulan. saya telah 2 kali ke klinik dan diberi ubat tapi masih tidak sembuh.
saya tak boleh makan pedas, makanan keras (malah nasi goreng pun tak boleh). bila makan keras perut rasa tak selesa. saya hanya makan yang lembut setiap 2 jam sekali.
bila perut kosong dan saya mulakan dengan minum air kosong perut akan jadi pedih. kalau saya naik moto dan terlanggar bonggol perut akan rasa senak sikit. sekarang tekak dah rasa gatal sejak seminggu dan batuk-batuk.
saya cuba minum susu lembu segar dan susu kambing hi-goat tapi tak berkesan.
sebenarnya saya ada gastrik sejak tahun 2010 tapi biasanya cukup dengan minum susu segar dah ok. atau makan ubat dari klinik pun dah ok. tapi kali ni pelik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda:
- Refluks asid atau GERD
- Ulser gastrik
- Gastritis
- Inflammatory bowel diseases (penyakit Crohn atau ulcerative colitis)
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai keadaan anda dan kami sarankan anda berjumpa semula dengan doktor kerana ia mengganggu aktiviti harian anda untuk diperiksa dan rawtan lanjut boleh dibuat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami. Terima kasih.