
Sulit
4 tahun
Gastrik, mual2, sakit dada, sukar bernafas dan menghidapi anxiety yang teruk
Hi doktor! Sy telah menghadapi gastrik yang teruk pada buln puasa yang lepas. Sy ingin bertanya kepada doktor adakah mengambil oat untuk sarapan pagi baik untuk pesakit gastrik atau sebaliknya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, gastrik boleh diredakan dengan pemakanan yang betul seperti makan mengikut waktu dan tidak membiarkan perut kosong. Terdapat kajian juga menunjukkan pesaki digalakkan untuk memakan makanan yang tinggi serat dan oat ialah salah satu contohnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.