
Sulit
4 tahun
Gastrik yang berlanjutan sehingga rasa tercungap
Saya wanita berusia 27 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah gastrik tetapi masalah itu semakin teruk berapa harini. Biasanya saya akan kena gastrik sebulan sekali terutama sekali jika ingin / sedang datang bulan. Gastrik sewaktu period memang quite teruk tapi utk bulan ni walaupun saya dah makan ubat yang diberikan dr, ulu hati saya masih pedih sangat-sangat. Najis sy takde tanda2 darah, tetapi najis tak elok & jenis macam kena cirit birit. Saya juga perasan sy macam start tercungap, macam pernafasan saya tak berapa elok. Adakah keadaan sebegini bahaya sangat? Saya ada ambil ubat gastric axcel suspension & rabotide (2kali sehari). Biasanya bila saya dah nak habis period, gastrik sy akan beransur kurang tapi sekarang ni tak pun. Saya buntu & risau. Apakah juga mungkin sebab saya stress kerja banyak sangat jadinya menyebabkan gastric sy makin susah terkawal? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit perut sememangnya boleh mengakibatkan ketidakselesaan yang melampau. Ia merupakan suatu gejala yang dapat berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
atau boleh juga disebabkan oleh:
- gangguan organ pankreas
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- meneruskan dahulu rawatan yang telah diberikan
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya sekiranya gejala berterusan, bertambah atau semakin parah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.