Sulit
3 tahun
Gatal bahagian Faraj n sakit Di perut
Sy wanita umo 27… Kalo dikira kitaran haid sy hnya 6/7 Hari…ttapi skang dh msuk 13 hri still kluar drah ttapi dlm kuantiti yg sedikit… n sy gatal dibahagian intim n rsa sakit … Serta perut sy juga sakit
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh alirannya pula di antara 2 hingga 7 hari. Sekiranya terlebih atau kurang, anda perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Tekanan emosi atau stres
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang wanita
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Walaupun begitu, kami tidak dapat memberikan apa-apa diagnosis berkenaan masalah anda kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan siasatan perlu dilakukan untuk mencari punca masalah haid anda.
Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.