
Anonymous
6 tahun
Gatal dan ada putih di bahagian dinding vagina
Saya wanita berumur 27tahun…saya mengalami kegatalan di bahagian alat sulit saya…ada bintik2 putih di bahagian dinding vagina…gatal dalam masa 2hari dan berlanjutan sehingga saya cuba tengok dia dalam alat sulit dan perasan ada bintik putih yang keras…saya tak pasti sama ada kesan daripada penggunaan pencuci wanita yang saya gunakan ataupun daripada hubungan persetubuhan dengan suami saya…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda kegatalan dan keputihan yang banyak pada alat sulit biasanya disebabkan oleh jangkitan yis atau dipanggil candidiasis. Namun begitu, terdapat kemungkinan lain penyebab keputihan dan kegatalan tersebut seperti:
- Bacterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan kelamin
Penggunaan alat pencuci vagina sememangnya merupakan salah satu faktor risiko jangkitan kulat, bacterial vaginosis dan radang pada kemaluan anda. Hubungan persetubuhan boleh menyebabkan jangkitan jika suami anda mengalami jangkitan dan menyebarkannya kepada anda ketika hubungan dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!