
Sulit
5 tahun
Gatal dan biji pada kemaluan
Hi dokter, baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada kemaluan. Ini adalah merupakan kali pertama. Saya telah berjumpa dengan dokter untuk mendapatkan rawatan. Dokter memberikan rawatan (ubat dimasukkan kedalam kemaluan), pil anti-fungal untuk di makan dan krim sapu. Asalnya saya tidak menyedari ada biji/bintik pada sekitar kemaluan, tp sewaktu saya mahu menyapu krim pada bahagian berkenaan, saya menyedari ada biji tersebut. Adakah ia bahaya? Apa yg patut saya lakukan. Sekiranya perlu rawatan lanjut, apakah rawatan yg akan diberikan? Tq dokter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biji atau benjolan di bahagian kemalun ini mungkin
- Benjolan yang tidak memudaratkan seperti: sista, Fordyce spots (kelenjar sebum), kulit berlebihan (skin tag)
*Ketuat - Herpes
Sekiranya anda mengalami benjolan serta simptom berikut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut.
- Terdapat discaj atau nanah dari benjolan tersebut
- Sakit atau tidak selesa semasa hubungan seks
- Sakit, kemerahan serta benjolan pada bahagian alat sulit
- Gatal pada bahagian kemaluan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.