
Sulit
3 tahun
Gatal di bahagian bibir faraj
Saya seorang remaja berumur 15 tahun. 2-7 hari sebelum haid, keputihan keluar dgn banyak. Dalam masa sebelum haid ini saya mendapati bahagian bibir faraj saya terasa gatal,kemerahan dan kasar. Saya sudah mengalami simptom ini selama 3 hari .Kegatalan tersebut mengganggu tidur saya.apakah yg perlu saya lakukan? adakah ianya merbahaya? Apakah cara untuk mencegahnya?
perlukah dan bilakah saya perlu berjumpa doktor? Dan adakah ubat utk merawatnya? Terima kasih doktor

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gardnerella vaginalis (bakteria)
- Trichomonas vaginalis (parasit)
- Candida albicans (kulat)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.