
arenenyihin93
5 tahun
Gatal di bahagian kaki dan paha
Saya berumur 26 tahun, saya sering mengalami gatal di bahagian kaki dan paha. Adakah masalah kekeringan kulit atau allergi? Yang pelik nya hanya waktu malam sahaja saya merasakan terlalu sensitive. Tangan non stop menggaru. Boleh doktor bagi advice mengenai kes berikut? Perlu ka saya merujuk klinik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatl-gatal di daerah alat sulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ulang kurap di celah kelengkang adalah:
- Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
- Mengelakkan memakai seluar yang ketat
- Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
- Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
- Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya
Bagaimanapun, sekiranya penyebab masalah ini tidak diatasi, ia dapat berulang lagi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.