
Anonymous
2 tahun
Gatal di bahagian vagina smapai ke bahagian dubur
Saya wanita berumur 20 thun dah mngalam gatal di bahagian vagina hingga ke dubur sejak 5 bulan yg lpas,saya sdh mncuba pelbgai krim sapu dari farmasi dan tkda kesan positive saya dpt dan mnjadi semakin teruk,saya tidak pergi ke doktor atas masalah kwangan .apa kah Cadangan untuk mnghilang kn gatal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala gatal yang anda alami, antaranya:
- Jangkitan penyakit kelamin
- Ruam kulit
- Alahan terhadap produk pencuci
- Jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, anda boleh ke jabatan pesakit luar klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan anda hanya perlu membayar RM1 sahaja bagi perkhidmatan pemeriksaan dan ubat-ubatan yang diperlukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.