Sulit
3 tahun
Gatal di kawasan kemaluan
Suami saya gatal di kawasan kemaluan beliau ubat apa yg perlu saya beli
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang suami anda hadapi iaitu gatal di kawasan kemaluan. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal pada kemaluan, boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan suami anda yang perlu ditanyakan.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah