
Sulit
3 tahun
Gatal dibahagian socrotum
Saya lelaki berusia 29. Saya mengalami masalah kegatalan dibahagian socrotum dimana kegatalan yang berlaku menyebabkan bahagian socrotum sy ini menjadi kering dan kemerah-merahan dan apabila digaru kulit kering seperti mengelupas. Sy ada mengunakan sejenis cream iaitu Econazine dan apabila mengunnakan cream ini kegatalan menyembuh dan masalh sy skrang sy tidak konsisten kerana sering kali terlupa untuk menggunakn cream ini yang menyebabkn kegatalan berulang kembali.Soalan sy adakah cream econazine sesuai untuk merawat masalah kegatalan sy ini? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada buah zakar boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan dermatitis - seperti kain seluar dalam
- Jangkitan virus herpes genital/HPV
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.