
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal di kemaluan dan bibir vagina berbiji
Saya wanita 22 tahun,belum berkhawin,mengalami gatal-gatal dan perih pada kemaluan serta bibir vagina tumbuh biji-biji…Ia sangat mengganggu saya untuk melakukan aktiviti harian dan tidur juga terganggu akibat gatal-gatal tersebut…apakah yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji-biji di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia , Herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan iritasi dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) sejenis kulat
- Radang disebabkan bahan kimia
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih