
Sulit
3 tahun
Gatal gatal di miss v
Saya wanita dalam 24tahun kenapa tiap kali saya berpeluh dan ada keputihan miss v saya mesti gatal sampai tahap luka dan pedih untuk buang air kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami bahawa anda rungsing mengenai kegatalan pada faraj (miss v) setiap kali anda berpeluh dan keputihan. Hal ini pastinya amat mengganggu lebih-lebih lagi jika terdapat luka dan rasa pedih ketika buang air kecil. Adakah ini betul? Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, antara punca gatal pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Mengenai keputihan yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda mengenai perkara ini untuk mengenalpasti sama ada ia merupakan suatu keputihan yang normal atau tidak.
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Ginekologi