
Anonymous
5 tahun
Gatal-gatal pada kepal penis
Hi Dr, saya baru siang tadi melakukan hubungan seks oral dengan pekerja seks. Dia hanya menghisap kemaluan saya.
Setelah beberapa jam, kepala bahagian kemaluan saya terasa gatal-gatal.
Adakah ini tanda saya telah terjangkit penyakit sifilis?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, siflis merupakan salah satu penyebab penyakit kelamin. Pakar perubatan perlu mendapatkan sampel dari bahagian kemaluan anda dan maklumat lanjut keadaan anda seperti gejala lain sebelum memberi kata akhir.
Risiko untuk mengidap penyakit kelamin sangat tinggi apabila melakukan sebarang bentuk aktiviti seks tanpa perlindungan termasuklah seks oral dan penglibatan dengan ramai pasangan seks yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.