
Sulit
3 tahun
Gatal kemaluan yang amat
Saya belum berkahwin , saya gatal kemaluan Dan naik biji seperti ruam di bibir kemaluan . Kadang2 mengalami keputihan Dan cecair seperti air . Saya sangat sukar untuk tdo serta menjejaskan aktiviti harian saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kegelishan anda yang mengalami masalah kegatalan pada tempat kemaluan serta keputihan yang menjejaskan tidur dan rutin harian anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Penyakit kelamin
- Ingrown hair akibat pencukuran
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor memandangkan ia menyebabkan anda sukar untuk tidur dan menjalankan aktiviti harian anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara talian mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan